11 April, 2007

Kalau Otak Sentisa Berpusing

'Waterfront' yang indah, penduduknya riang
Inilah Kuching, bandar tersayang
Duduk termenung, sampailah siang
Bila dah lapar, makanlah pisang

Duduk termenung, sampailah siang
Fikir-memikir perkara yang penting
Macam mana bolehlah riang
Kalau otak sentisa berpusing

Otak aku sentiasa berpusing
Banyak jawapan tak boleh diteka
Keluarga dan kawan memanglah penting
Kita hidup kerana mereka

Tunduk dan Angguk

Cucur pisang dan cucur cendawan
Memanglah sedap dimakan bersama
Kalaulah salah, janganlah lawan
Cuma tunduk dan angguk kepala

Makanlah cucur dengan wasabi
Panas dan pedas, keluar air mata
Kalau marah, jangan panas hati
Tenangkan diri lebih berguna

Inilah Kuching...

Inilah Kuching, bandar tersayang
Langitnya cerah, rumputnya hijau
Burung berterbang melayang-layang
Masalah kecil, jangan dirisau

Inilah Kuching, rumputnya hijau
Udaranya segar, airnya jernih
Marilah kita merayau-rayau
Berpegang tangan, janganlah sedih

Inilah Kuching, airnya jernih
Bersinar-sinar suria di awan
Senyuman manis, kitalah kasih
Kepada keluarga dan juga kawan

A PG-13 Pantun Series - Part 2

Sifu ku kata, janganlah bising
Kalaulah bising, matamu kering
Sifu tak bohong ataupun tolong
Bila dah kering, ada terowong

10 April, 2007

A PG-13 Pantun Series

This is the first of my 'Sifu Ku Kata' pantun series. It will be rated PG-13.

Sifu ku kata, janganlah nakal
Kalaulah nakal, kulitmu gatal
Gatal tak apa, Sifu ku kata
Nanti juga dimakan naga

Instant Mee and DeLorean

Dari malam sehingga pagi
Makan mi segera setiap hari
Jimatkan wang memang tak rugi
Nanti DeLorean boleh ku beli

'Grindhouse' Raked in a Disappointing $11.6 Million

Robert Rodriguez dan Tarantino
Satu beraksi dan yang lain seram
Belilah 'pop corn', minumlah 'milo'
Pungutan 'Box Office' begitu geram

09 April, 2007

A Dent in Tiger Woods' Legend

Masters Champion, hadiah direbut
Hadiah utama ialah 'Green Jacket'
Tiger Woods kalah, jangan disebut
Pukulan bolanya mungkin senget

08 April, 2007

The DeLorean Dream

Berpintu dua, beroda empat
Logo DMC ada di depan
Badan keluli, memanglah tepat
Kereta DeLorean, kereta idaman

Watch & learn more at DeLorean Wannabees' Candidate.
A site about how to 'create' your own DeLorean.

World's Fifth Space Tourist Blasts Off on Russian Rocket

Pejabat Microsoft, tempat dia kerja
Word dan Excel dia yang cipta
Pelancong kelima melawat angkasa
Membeli tiket dua puluh juta

07 April, 2007

Gay Fairy Tale Weddings OK at Disneyland


Datanglah kahwin di Disneyland baru
Mickey dan Donald menyambut tamu
Lelaki, perempuan, jangan keliru
Jantina sama, tidaklah jemu

New York City Promotes Circumcision for HIV Prevention

Di New York City, ramainya orang
Semuanya sibuk, lelah dan penat
Kesihatan meningkat, HIV pun kurang
Jika lelaki semua disunat

06 April, 2007

Hogwarts Express Attacked with Hammers by 10 Young Vandals


'Hogwarts Express' mereka pun pukul
Semuanya pecah, habislah tingkap
Budak kecil yang gunakan tukul
Umur dua belas, semua ditangkap

Contaminated Pet Food Mystery

Kucing dan anjing, tiada makanan
Makanan yang ada tidaklah bagus
Sungguhlah comel tapi kasihan
Kepalanya besar, badannya kurus

05 April, 2007

Apple to Sale DRM Free Music

Dari Internet, semua pun ada
Musik! Oh! Musik! Kitalah main
'Pop' pun ada, 'Rock' pun sama
Kamu yang beli, dia yang salin

04 April, 2007

Pantun using world news as its main topic:

Kereta 'Knight Rider' akan dijual
Seratus lima puluh ribu, harganya
Topik yang hangat untuk berbual
Siapa nak beli, janganlah tanya

Anna Nicole Smith, nama yang hangat
Banyak soalan belum jelaskan
Sudahlah tiada, masih disiasat
Ayah sebenar belum disahkan

Beratus-ratus kilometer sejam
Keratapi Perancis memanglahlah laju
Kalau boleh, ia perlu diharam
Sekali melimpas, tanggalah baju
Pelbagai jenis sos, sudah ku rasa
Sudah banyak kali ku buat R & D
Belancan, sos cili, memang ku suka
Makan cucur pisang bersama wasabi

Fikiranku aktif, badanku cergas
Selepas makan dengan wasabi
Rasanya hebat, hidungku 'panas'
Perutku kenyang, mataku 'berapi'

Malam itu, aku bermimpi
Raksasa pisang tiba-tiba datang
Burung & monyet semua berlari
kuasa 'Ultra', aku menghalang

Terbang dan lompat, boleh ia buat
Raksasa itu memanglah hebat
Secara tiba, dengan suara yang kuat
Raksasa pun kata, 'Aku tak jahat'

Aku terkejut, lalu berhenti
Raksasa ini boleh bercakap
Lalu ia nangis tanpa berhenti
'Aku tak jahat, jangan kau tangkap'

Aku pun diam, lalu berfikir
Apa yang boleh aku menolong
Setelah berfikir sampai ke akhir
Daging raksasa kitalah lelong

Dengan itu, kisah mimpi ku
Memanglah anih dan sungguh ngeri
Mungkinkah itu, tanda bagi ku
Cucur pisang tak boleh makan lagi

03 April, 2007

Continued...

Kereta kancil ku macam Ferrari
0 ke 60, dalam 3 saat
Seluruh dunia, aku akan pergi
Kuasa pisang, memanglah dasyat!

Betul tak sangka, kuasa pisang
Negara-negara minyak, semua pun takut
Ha! Ha! Ha! Aku akan datang!
Dengar nama cucur, semua melutut

Tiba-tiba aku terkejut
kancil aku masih di tepi
Rasa sedih, semua tak melutut
Kerana hanya satu mimpi

02 April, 2007


Jangan guna kereta, kita guna sampan
kerana kita tahu, minyak sudah naik
Minyak cucur pisang boleh kita simpan
Tuang ke dalam kereta, pasti lebih baik

Buat cucur pisang, semua simpan di stor
Tapis minyak cucur, tuang ke dalam tangki
Idea memang bagus, tiga hari ku tak tidur
Bila ku 'start' enjin, bunyi macam Ferrari

Hari demi hari, tinggal hujung hari
Bila pocket kosong, sangat susah hati
Apa boleh buat, nasib sudah begini
Makan cucur pisang dengan sos cili