07 October, 2019

Minum kopi, panas dan pekat

Minum kopi, panas dan pekat,
Beli pisang, dua sikat,
Jauh di mata, di hati, dekat,
Bila berpantun, semua berbakat,

Row Row your Boat

Row row your boat,
Out to sea, we go,
Apocalypse, apocalypse, apocalypse, apocalypse,
Zombies are our foe.

Pantun Hari Isnin - Ahad

Pantun Hari Isnin - Ahad
Karya Ipok Kubres

Hari Isnin jangan dimanja,
Bersiap sedia, duduk di meja
Dari pagi hinggalah senja,
Kita semua sibuk bekerja.

Hari ini, hari Selasa,
Pergi kerja, ikut masa,
Sampai di pejabat, rasa selesa,
Nanti petang, makan laksa.

Hari Rabu, kita berjumpa,
Semua kawan, tiada ku lupa,
Janganlah marah, janganlah hampa,
Mestilah sayang ibubapa.

Hari Khamis, hari keempat,
Minum kopi, makan ketupat,
Kawan baik, memanglah rapat,
Kalau nak menang, mestilah cepat.

Pagi ini, pagi Jumaat,
Matahari bersinar, dapatku lihat,
Pergi bersenam, badan pun sihat,
Keesokan hari, bolehlah rehat.

Pagi yang cerah di hari Sabtu,
Dapatku tidur seperti ratu,
Tak payah ku kerja mengikut waktu,
Tak payah ku fikir begini begitu.

Hari Ahad, pagi ini,
Tak perlu lari sana sini,
Pegang tangan, sampai kini,
Duduk rehat dengan bini.

Pantun Cucur Baru

Cucur pisang sudahku sedia,
Sarapan pagi ini hari,
Kita sekeluarga bersuka ria,
Saudara dan kawan datang ke mari.

Pantun OBS

Tiada yg betul, tiada yg salah,
Tiada yg menang, tiada yg kalah,
Pengalaman di KK, kita kenangi,
Rakan OBS, kita sayangi.

"Khabar baik", aku berkata,
Rasa gembira di sana sini,
Memang cantik, pandang di mata,
Pakai t-shirt OBS ini.


Riuh sekampung, di sana sini,
Bila Norzana, senyuman dinanti,
Jangan ketawakan kasut ku ini,
Rasa sentimental, tak dapat diganti.


Move on tu jangan, bukannya senang,
Berpegang tangan Suffian ku kenang

Kenangan manis, tak boleh diganti,
Kawan OBS, di kanan kiri,
Sampai di opis, kerja menanti,
Kecapaian teamwork, bukan sendiri.


Selamat pagi di Jumaat ini,
Semoga semua dah berus gigi,
Ucapan iklas dariku sini,
Nanti kita bertemu lagi.

Haze Poem

Smelly thick haze all around,
Smokers still smoke everywhere,
Cigarette butts are on the ground,
Ipok Kubres curse and swear.

Wisest Poem

"That's true, my friend, for he is wise,
The wisest of them all,
The time will come for him to rise,
To rule and watch them fall."

01 October, 2019

Hooray! The Pantun Cucur Boy is back from a long long sleep. Get ready for more silly pantun : )

Minum kopi, panas dan pekat,
Beli pisang, dua sikat,
Jauh di mata, di hati, dekat,
Membaca pantun, membawa berkat.

25 January, 2013

Pantun lagi....

Buah durian, buah sukun,
Semua buah ada di sini,
Sudah lama tidak berpantun,
Memang berkarat otak ku ini.

: (