07 October, 2019

Pantun Hari Isnin - Ahad

Pantun Hari Isnin - Ahad
Karya Ipok Kubres

Hari Isnin jangan dimanja,
Bersiap sedia, duduk di meja
Dari pagi hinggalah senja,
Kita semua sibuk bekerja.

Hari ini, hari Selasa,
Pergi kerja, ikut masa,
Sampai di pejabat, rasa selesa,
Nanti petang, makan laksa.

Hari Rabu, kita berjumpa,
Semua kawan, tiada ku lupa,
Janganlah marah, janganlah hampa,
Mestilah sayang ibubapa.

Hari Khamis, hari keempat,
Minum kopi, makan ketupat,
Kawan baik, memanglah rapat,
Kalau nak menang, mestilah cepat.

Pagi ini, pagi Jumaat,
Matahari bersinar, dapatku lihat,
Pergi bersenam, badan pun sihat,
Keesokan hari, bolehlah rehat.

Pagi yang cerah di hari Sabtu,
Dapatku tidur seperti ratu,
Tak payah ku kerja mengikut waktu,
Tak payah ku fikir begini begitu.

Hari Ahad, pagi ini,
Tak perlu lari sana sini,
Pegang tangan, sampai kini,
Duduk rehat dengan bini.

No comments: