20 October, 2006

Pantun Cucur di Hari Raya

Bangun pagi, basuh muka,
Hari ini, aku gembira,
Sudah sebulan kita berpuasa,
Hari Raya sudahlah tiba.

Cucur pisang sudahku sedia,
Pada hari yang mulia ini,
Semua keluarga bersuka ria,
Saudara dan kawan datang ke mari.

Selamat Hari Raya!

10 October, 2006

Jerebu datang, jerebu pergi,
Tepung cucur tak diperlu lagi,
Potongkan pisang, masukkan ke kuali,
Habuk jerebu sedap sekali.

Habuk jerebu sudahku rasa,
Digorengkan pisang memanglah suka,
Kopi tak manis, janganlah duka,
Serbuk jerebu memang berguna.

Fikir memikir sampai mabuk,
Dengan itu, dapatlah ilham,
Tapiskan jerebu, botolkan habuk,
Dirikan kilang, naiklah saham.

Jual jerebu yang serbaguna,
Sebagai tepung & juga gula,
Dapatlah untung berjuta-juta,
Datanglah 'haze', memanglah suka.

31 July, 2006

Pisang emas di bawah belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Cucur pisang Thomas yang bayar,
Jo pecut, pergi membeli.

13 July, 2006

Kami semua menunggu-nunggu,
Cucur pisang dan cucur keladi,
Sudah belajar berminggu-minggu,
Tapi masih buat silap lagi.

Kalau masih buat silap lagi,
Mesti belanja secawan kopi,
Belajar lagi sampai pagi,
Belajar seorang sungguh sepi.

12 July, 2006

Semua orang rasa ceria,
Kenapa boleh rasa begitu,
Hari ini hari yang mulia,
Sebab ada resepi baru.

Resepi baru, resepi enak,
Ramai orang tidak menyangka,
Masak rumput dan daging katak,
Rasa sedap macam buah nangka.

Begitu, begini, aku perhati,
Sana, sini, Thomas berlari,
Tiada masa untuk berhenti,
Mesti siap projek diberi.

Jual cucur di tepi pantai,
Angin bertiup, Jo rasa dingin,
Sungguh gembira memakai rantai,
Bersolek-solek di depan cermin.

Jo berpakaian kemeja-T,
Kemeja-T yang tanpa saku,
Jo memang lelaki sejati,
Jual cucur tapi tak laku.

Projek lama sudahlah hangus,
Petik daun, rebus rumput,
Campur belacan, memanglah bagus,
Panggang cacing bersama siput.

Makan siput dengan cucur,
Siput makan daunlah pisang,
Rambutku semua habislah gugur,
Pokok pisang kenalah tebang.

Siasat di sini dan juga di sana,
Habisku tanya semua orang,
Angkara siput dan katak rupanya.
Hatiku sakit, naik berang.

11 July, 2006

Hari ini, hari pisang,
Makan pisang bersama kopi,
Projek aku sudah pun dirancang,
Siapa yang salah, tampar di pipi.

Matahari terbit, burung bercuit,
Mencari makanan, di dahan pokok,
Projek kita tak dibayar duit,
Ahmad menyesal, tak dapat merokok.

Pisang tanduk, pisang nangka,
Pisang emas, pisang lilin,
Betul-betul aku tak menyangka,
Resepi aku telahpun disalin.

Resepi cucur yang paling sedap,
Tepung gandum dan tepung beras,
Bau wangi,'Oh! Tak perlu cakap',
Sekali makan, pergi ke tandas,

Mari kita pergilah belayar,
Keliling dunia tak henti-henti,
Projek dulu masih tak dibayar,
Minum air dan makan roti.

Minum air dan makan roti,
Itu mingkin sudah ditakdir,
Kalau ada pun minum kopi,
Masak daun, aku yang mahir.

Hari ini kita bercuti,
Kerana pergi makan selamat,
Harap-harap kita tak rugi,
Akaun kita sudahpun tamat.

Perancis, Itali sepak meyepak,
Itali menang dengan penalti,
Thomas dan Ahmad belajar memasak,
Masakan apa, aku tak pasti.

Aku tak pasti masakan apa,
Tapi harum, bolehku hidu,
Thomas berkata, 'Marilah rasa',
Daun dan rumput, resepi baru.

10 July, 2006

Sungai di sini ada buaya,
Hutan di sana ada ular sawa,
Thomas janji akan membiaya,
Air suam & cucur pisang saja.

Gendang gendut tali kecapi,
Perut kosong, berbunyi-bunyi,
Cucur pisang termimpi-mimpi,
Thomas masih tak beli-beli.

Sana bola, sini bola,
'World Cup' kini ditonton orang,
Kami semua hampir gila,
Ahmat makan sorang-sorang.

Itali Perancis sepak menyepak,
Siapa menang kami tak tahu,
Thomas sibuk masak-memasak,
Cucur pisang jadi tauhu.

Cucur pisang jadi tauhu,
Thomas sedap makan sorang,
Sudah lama aku menunggu,
Thomas masih tak nampak bayang.

'Cucur cendawan', kata di sini,
'Cucur cempedak', kata di sana,
Kalau nak senang, buatlah begini,
Kedai cucur kitalah bina.

Kedai cucur kitalah bina,
2 tingkat dan 3 tingkat,
Sekarang aku tak tidur lena,
Berjenis cucur, akan ku buat.

Pisang emas dan pisang tanduk,
Berbuah-buah pisang di ladang,
Kalau terjumpa, mestilah tunduk,
Kalau tidak, kamu dikandang.

Sana sini aku mencari,
Tepung cucur yang aku dihajati,
Pegang kamera ke sana-sini,
Pisang...Oh! Pisang, dimana kau sembunyi.

Tepung cucur yang aku minati,
Dapat ku cari di 'Parkson Ria',
Malam ini sudah pasti,
Cucur pisang akan tersedia.

08 July, 2006

Buah pisang, berbagai jenis,
Buah cempedak, hanya satu,
Kalau dimarah, janganlah nangis,
Cuma tunduk, kata 'Ya, tahu'.

Jo 'videoing', Thomas 'editing',
Ahmad tersenyum, aku berpantun,
Jo berkata 'Janganlah bising!',
Mari kita menonton kartun.

Semua diam, berhenti bekerja,
Pasang TV, kita menonton,
'Cerita apa?' Jo bertanya,
Aku pun jawab 'Cerita Doraemon'.

Thomas mahu jadi 'lecturer',
Tapi juga, 'videographer',
Kita tanya, 'Yang mana satu?',
Dia senyum dan jawab 'Tak tahu'.

Mungkin 5, 10 tahun,
Baru pergi jadi 'lecturer',
Tapi sekarang, dia tekun,
Belajar 'editing' dan pegang kamera.

Aku pun tanya, 'Bagi satu',
Bila terlihat 'Clorets' di meja,
Ahmad pun jawab, 'Nanti dulu',
Kamu mesti mencuci 'Vespa'.

06 July, 2006

Sakit di hati kerana terhimpit,
Sakit, sakit mana tak sakit,
Terhimpit di laut, terhimpit di langit,
Lama-lama jadi statistik.

Oh! Roti cheese, sedap di makan,
Makan di petang, bersama kawan,
Kawanku ramai, semua gembira,
Muka ceria, sakit di jiwa.

Aku terbayang cucur pisang,
Tiba-tiba hujan lebat,
Projek aku di sabotaj orang,
Buka seluar, punggung disebat.

Tanam padi, tumbuh lalang,
Tanam sayur, makan rumput,
Kalau sudi, jangan menghalang,
Beli kereta, tungang siput.