11 July, 2006

Hari ini, hari pisang,
Makan pisang bersama kopi,
Projek aku sudah pun dirancang,
Siapa yang salah, tampar di pipi.

Matahari terbit, burung bercuit,
Mencari makanan, di dahan pokok,
Projek kita tak dibayar duit,
Ahmad menyesal, tak dapat merokok.

Pisang tanduk, pisang nangka,
Pisang emas, pisang lilin,
Betul-betul aku tak menyangka,
Resepi aku telahpun disalin.

Resepi cucur yang paling sedap,
Tepung gandum dan tepung beras,
Bau wangi,'Oh! Tak perlu cakap',
Sekali makan, pergi ke tandas,

Mari kita pergilah belayar,
Keliling dunia tak henti-henti,
Projek dulu masih tak dibayar,
Minum air dan makan roti.

Minum air dan makan roti,
Itu mingkin sudah ditakdir,
Kalau ada pun minum kopi,
Masak daun, aku yang mahir.

Hari ini kita bercuti,
Kerana pergi makan selamat,
Harap-harap kita tak rugi,
Akaun kita sudahpun tamat.

Perancis, Itali sepak meyepak,
Itali menang dengan penalti,
Thomas dan Ahmad belajar memasak,
Masakan apa, aku tak pasti.

Aku tak pasti masakan apa,
Tapi harum, bolehku hidu,
Thomas berkata, 'Marilah rasa',
Daun dan rumput, resepi baru.

No comments: